“…..yang di nyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak di sentuh api….”

zaitun

Di dalam kitab sunan at-Tirmizi dan ibnu Majah menerusi hadis Abu Hurairah diriwayatkan dari Nabi bahawa Baginda s.a.w bersabda :

“Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun di buat dari pohon yang berkat”

…..

Minyak zaitun yang di hasilkan dari buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Yang di hasilkan dari buah yang mentah cenderung sejuk dan kering. Yang di hasilkan dari buah zaitun merah mempunyai kualiti yang sedang. Yang di buat dari zaitun hitam mampu memberi kehangatan sekaligus kelembapan dengan stabil.

Boleh juga mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Jenis yang sudah tua lebih panas dan lebih berkhasiat. Jika diperas dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut malah berkhasiat.

Seluruh jenis zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban.

p/s :

● Jom amalkan sesudu minyak zaitun setiap pagi.
● Minyak zaitun yang baik di minum adalah yang jenis ‘Virgin olive oil’ dan warnanya hijau kekuningan.
● Minyak zaitun yang paling baik adalah dari Bumi syam (Syiria) kerana ia Bumi yang di doakan Rasulullah s.a.w

Wallahu’alam…

Sumber : Kitab at-Tibbun an-Nabawiy, Ibnu Qayyim al-Jawziyah

Website : Assyafi.Com

#ASSYAFI #ASSYAFIWELLNESS

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>