KUALA LUMPUR: Tarikh 1 Oktober tahun ini telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat.

Sempena sambutan ini, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda.

1. Sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.

2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.

3. Buah kopi dipanggil  coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.

4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!

5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia, selepas air kosong (plain water).

6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.

7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.

8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).

9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.

10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.

Sumber : Astro Awani

#HariKopiSedunia #KopiAssyafi #LoveCoffee

Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>