“Didalam syurga itu mereka diberi minum segelas minuman yang campurannya adalah halia…….” (Al-Insan:17)

Halia ASSYAFI

Abu Nu’im, menyebut dalam kitabnya menerusi hadis Abu Said al Khudri bahawa ia mengkhabarkan : Raja Romawi pernah menghadiahkan kepada Rasulullah s.a.w seguni halia. Baginda memberi kepada setiap orang satu potong utuk dimakan dan aku juga mendapat satu potong untuk ku makan.

Halia bersifat panas panas pada peringkat kedua dan lembab pada peringkat pertama. Halia boleh menghangatkan tubuh, membantu penghadaman, melembutkan makanan dalam perut dengan stabil, mengatasi sumbatan ‘lever’ yang berlaku kerana hawa sejuk dan lembab, membantu kemampuan seksual serta mengeluarkan angin yang bertahan diusus dan perut.

Umumnya, halia amat baik bagi ‘lever’ dan perut yang mengalami penghadaman sejuk. Jika dua potong halia dicampur dengan air panas dan gula, boleh menghancurkan sisa makanan yang lekit dan berair. (Penawar bagi mencairkan kahak)

Halia yang lebih asam bersifat kering dan panas, boleh meningkatkan hhairah seksual, menambah hormon, menghangatkan perut dan lever, membantu penghadaman, menghapus kahak berlebihan pada tubuh, menambah daya hafalan dan menyegarkan bau mulut.

#ASSYAFI

Sumber : Kitab Thibbun Nabawiy, Ibn Qayyim al Jawziyah

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>